Sunday, 20 October 2013

TAJUK 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA


TAJUK 9 : PENILAIAN KEMAHIRAN BAHASA

A. Penilaian Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
B. Penilaian Kemahiran Membaca.
C. Penilaian Kemahiran Menulis.


Penilaian Mendengar dan Bertutur.

Menurut J. Floyd(1985) mendapati kajian kecekapan mendengar penting dan perlu diajar bersama 3 kemahiran lain.
Berikut merupakan peratus kemahiran bahasa yang dikaji oleh J. Floyd.
Kemahiran Mendengar----42%
Kemahiran Bertutur----32%
Kemahiran Membaca----15%
Kemahiran Menulis----11%
Kemahiran Mendengar:
Kemahiran mendengar merupakan satu kemahiran yang diperolehi secara semulajadi oleh penutur sesuatu bahasa. Kemahiran mendengar berlaku pada peringkat penerima. Tetapi kemahiran ini diabaikan dalam pengajaran bahasa. Sebenarnya kemahiran ini perlu diajar secara sistematis supaya pelajar akan berkebolehan mendengar dan menguasai kecekapan bahasa dengan berkesan.

Penilaian Kemahiran Mendengar:
1. Tahap kebolehan murid-murid memahami maksud yang didengar dalam teks yang dirakamkan.
2. Terdiri daripada pelbagai jenis laras seperti laporan,ucapan, syarahan,perbincangan dan perbahasan.
3. Kecekapan berbahasa murid dapat dinilai melalui kemahiran mendengar seperti berikut:
a. Petikan Laporan. Berdasarkan petikan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan oleh gaya bahasa laporan yang ringkas dan tepat.
b. Petikan Ucapan. Membuat rakaman berdasarkan teks yang mengandungi satu peristiwa dan disampaikan dalam gaya ucapan yang menggunakan bahasa, intonasi dan sebutan yang betul.
c. Petikan Syarahan. Teks yang mempunyai tajuk tertentu disampaikan dengan menggunakan bahasa ,intonasi, gaya dan suara yang menarik.
d. Petikan Perbincangan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam situasi bilik darjah antara guru dengan murid-murid yang mengandungi isi dan idea yang jelas, tepat dan teratur.
e. Petikan Berbahasan. Rakaman berdasarkan petikan teks yang mengandungi buah fikiran dalam suatu perbahasan dengan menggunakan perbendeharaan kata dan susunan kata yang sesuai , gaya dan suara yang baik.

Penilaian Kemahiran Bertutur:
Penilaian kemahiran bertutur dinilai dari segi sebutan ,tekanan,jeda, intonasi tatabahasa, kelancaran dan kefasihan.
1. Sebutan. Kecekapan berbahasa murid-murid jelas apabila pelajar mahir mengenal huruf dan bunyi setiap abjad ,suku kata, perkataan, rangkai kata dan ayat.Selain melatih murid-murid menyebut dengan tepat, mereka juga perlu bertutur dengan betul mengikut bunyi,ejaan dan makna. Biasanya kesalahan menyebut sering berlaku di kalangan murid-murid bahasa kedua. Gangguan bahasa ibunda yang sering menghalang pembelajaran mereka.
2. Tekanan. Satu cara menyebut perkataan,frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu. Biasanya tekanan dilakukan pada suku kata dan ia bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan. Lambang yang diberikan untuk tekanan itu ialah /?/.Dalam Bahasa Malaysia ,tekanan tidak membezakan makna. Ia hanya untuk menyedapkan percakapan atau bacaan( Misalnya dalam bacaan sajak) atau untuk menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian..
3. Jeda. Disebut sebagai persendirian. Unsur ini digunakan untuk memisahkan elemen-elemen lingustik seperti perkataan, rangkai kata atau ayat. Jeda digunakan sebagai hentian sebenar. Lambang jeda ditanda seperti ini # dan apabila digunakan ia boleh membawa makna yang berbeza. Contoh ayat seperti berikut:

1. (# saja minum susu lembu #)(Maksudnya: Orang yang bercakap itu hanya minum susu lembu dan bukan susu lain)
2. /# saja minum susu # lembu #(Maksudnya: Orang yang bercakap itu memanggil orang dilawan bertutur itu sebagai lembu dan menyatakan yang dia hanya minum susu)
Sebagai contoh:(# saya makan biskut kopi),(#saya makan buskut #kopi)
4. Intonasi: Intonasi:adalah keadaan yang menaik dan menurun sewaktu sesuatu ayat dilafazkan. Ia kadangkala disebut nada suara. Intonasi ayat dalam Bahasa Malaysia biasanya tidak sama dan berbeza-beza mengikut jenis ayat yang dituturkan.Intonasi boleh menurun ,menaik, mendatar, meninggi dan sebagainya. Misalnya, Ayat Tanya mempunyai intonasi yang menaik di akhir ayat manakala Ayat Penyata mempunyai intonasi yang menurun.
5. Tatabahasa: adalah system, peraturan atau undang-undang yang menggabungkan perkataan untuk membentuk ayat. Antara aspek yang dinilai ialah fonologi, morfologi dan sintasis.
6. Kelancaran: Kelancaran bermaksud boleh bertutur atau bercakap dengan baik dan kemas. Dinilai melalui kelancarannya menyampailkan idea, pandangan atau hujah yang baik, bernas, licin dan teratur.
7. Kefasiran: Kefasiran bererti boleh bercakap bukan sahaja dalam bentuk yang kemas,teratur, dan lancar tetapi boleh membunyikan kata atau menyebut perkataan yang dituturkan itu secara tepat dan jelas.Ini bererti seseorang itu menuturkan bahasa itu seperti seorang penutur jati.

Tujuan kemahiran lisan:
1. Menyebut perkataan atau ayat dengan betul.
2. Melatih murid-murid mendengar dan mamahami pertuturan orang lain.
3. Melatih murid agar berkeyakinan dan percaya kepada diri supaya berani bercakap, menyatakan perasaan dan kehendak.
4. Membolehkan murid bertutur menggunakan ayat yang tersusun, perkataan yang sesuai dan perbendaharaan kata yang luas.
5. Untuk berinteraksi dengan orang lain untuk menyampaikan perasaan ,kehendak dan lain-lain.
Penilaian Kemahiran Bertutur dalam lisan:
1. Guru berperanan mengenalpasti tahap kebolehan murid dalam menguasai bahasa.
2. Murid-murid diberi peluang untuk membaca petikan, menjawab soalan dan mengemukakan pendapat.
3. Dapat dilihat melalui pemikiran secara kritis dan kreatif dalam menyampaikan idea.

Penilaian Kemahiran Membaca:
Ia merupakan kemahiran penting yang perlu dikuasai oleh murid-murid. Penilaian kemahiran membaca penting untuk guru-guru mengetahui tahap kemajuan murid-murid. Penilaian ini boleh dilakukan dalam pelbagai bentuk penilaian dan jenis pengujian.Kemahiran mem,baca merupakan keupayaan murid-murid membaca ayat dengan lancer serta sebutan ,intonasi dan jeda yang betul. Penekanan perlu diberikan kepada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara krirtis dengan menggunakan pelbagai teknik membaca.

Ciri-ciri Penilaian Membaca:
1. Merupakan satu proses yang berterusan.
2. Menjelaskan kemajuan pembelajaran seseorang.
3. Penilaian menghendaki sampel kerja ,murid yang mencukupi.
4. Boleh dilakukan secara penilaian dengan sendiri.
5. Terbuka dan tiada batasan.
6. Teknik penilaian seharusnya member peluang kepada murid merasai perubahan tingkah laku yang ingin dicapai oleh mereka.

Penilaian Kamahiran Menulis:
Kemahiran menulis merupakan kemahiran yang penting dan mesti diajar. Penulisan merupakan satu aspek penting dalam merakamkan bahasa yang melibatkan fikiran, pengetahuan, teknik dan gaya. Teknik pengujian yang paling kerap digunakan bagi menguji kemahiran penulisan murid-murid ialah menulis karangan.

Tujuan Penilaian Menulis:
1. Untuk mengetahui sejauh mana murid-murid telah menguasai kemahiran menulis dalam sesuatu bahasa.
2. Menurut Heaton(1988), kemahiran ini bukan sahaja memerlukan penguasaan aspek tatabahasa dan retorik tetapi juga unsure konseptual dan penilaian.
3. Komponen kemahiran menulis Heaton: Menggunakan bahasa,kemahiran mekanikal, penggunaan isi, gaya dan kemahiran menilai.

Jenis Ujian :
1. Ujian pencapaian yang berkait rapat dengan sesuatu kursus bahasa atau sukatan pelajaran.
2. Bertujuan menentukan pencapaian murid-murid dalam objektif bpelajaran yang diikuti.
3. Ujian pencapaian kemajuan adalah ujian pencapaian yang digunakan untuk mengukur kemajuan murid-murid dalam sesuatu kursus.
4. Ujian diagnostik adalah untuk mengesan kekuatan dean kelemahan murid-murid dalam kemahiran mengarang.


Cara menguji:
1. Seperti mencatat nota, mengembangkan maklumat berasaskan nota, mengisi borang, menulis surat dan menulis karangan berbentuk cerita, huraian, laporan dan perdebatan.
2. Peringkat awal penulisan boleh diuji dengan menyambung ayat.
3. Peringkat tinggi boleh diuji dalam tugasan.
Jenis Tugasan:
1. Tugasan-tugasan Bebas. Pelajar diberi satu tajuk dan pelajar dikehendaki menulis tanpa bimbingan guru.
2. Tugasan Berpandu. Pelajar diberi ransangan dalam bentuk graf, jadual, gambar atau bahan bahasa yang lain untuk ditulis.
3. Tugasan Berdasarkan Pengalaman. Pelajar diberi peluang mendapat bahan dan kemahiran melalui pengalaman ,sebelum mereka diberi tugasan yang sebenar untuk dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment