Wednesday, 2 October 2013

TAJUK 8 : PENILAIAN MELALUI PROJEK DAN KERTAS KERJA


PENILAIAN MELALUI PROJEK

Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan. Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan yang dilakukan secara amali. Ia boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangka masa yang munasabah.
Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan.
Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

CIRI-CIRI PENILAIAN PROJEK:
1. Projek/tugasan mempunyai pelbagai reka bentuk iaitu bentuk lisan, visual, dan kinestetik.
2. Ia menggunakan jangka masa yang panjang.
3. Menunjukkan peranan sebenar dalam situasi sebenar.
4. Murid-murid dibenarkan untuk membina penyelesaiaan alternatif.Tiada didapati satu jawapan yang benar.
5. Murid-murid dikehendaki melibatkan diri sacara aktif sama ada memyediakan projek atau dalam kumpulan koperatif.
6. Murid-murid boleh menjalankan projek secara individu atau berpasukan.
7. Sintesis pengetahuanyang dikumpul dan menilai pembelajaran.
8. Peluang menilai murid-murid dalam kreativiti, kemahiran merancang, integrasi pengetahuan, kebolehan membuat tugasan bersama orang lain.
9. Murid-murid menunjukkkan kebolehan mengkaji atau membentuk sesuatu.
10. Murid-murid melaksanakan dan menghasilkan sesuatu.
11. Murid-murid mengamalkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.
12. Murid-murid melakukan aktiviti bermakna.

TUJUAN
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan murid-murid bekerjasama dan menerima tanggungjawabnya.
2. Memberi kebebasan kepada murid-murid untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi.
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah.
4. Memotivasikan murid-murid untuk belajar.
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama
bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan
kemampuannya
8. Membantu murid-murid mengesan bidang kelebihannya dan menggunakan kelebihan ini sebaik mungkin.

JENIS-JENIS PENILAIAN PROJEK:
1. Latihan atau soalan “open-ended” untuk murid-murid meneroka secara lisan atau bertulis.(main peranan)
2. Extended tasks assignment seperti menulis puisi,melaksanakan dan menerangkan keputusan ujikaji, membina model.
3. Portfolio seperti koleksi tugasan berdasarkan prestasi.
4. Tugasan prestasi seperti drama,lakonan,persembahan , poster atau model.

LANGKAH-LANGKAH PENILAIAN MELALUI PROJEK;
Langkah 1:Menentukan tajuk dan skop Projek
Langkah 2: Menjalankan penilaian awal projek
Langkah 3 : Melaksanakan strategi
Langkah 4 : Memproses Maklumat
Langkah 5 : Menilai Hasil Projek 

INSTRUMEN PENILAIAN PROJEK
NAMA PROJEK: _____________________________
NAMA AHLI KUMPULAN:
1.    _____________________________
2.    _____________________________
3.    _____________________________
KELAS: _____________
TARIKH PELAKSANAAN: ______________
TEMPOH MASA: _________
ELEMEN GRED PEMARKAHAN:
Elemen Gred Markah
Gred
Markah
E 1.0 Pemprosesan Fakta
E 2.0 Hasil Kajian
E 3.0 Pengamatan
E 4.0 Penghayatan
JUMLAH MARKAH

GRED KESELURUHAN:

Nama Guru Penilai : ___________________

Tanda Tangan Guru Penilai : ___________________


RUBRIK:
ASPEK
KRITERIA
Keaslian (20%)
         Projek adalah baik dan berkualiti tinggi.
         Projek mempamerkan idea kreatif, inovatif dan imaginatif.
Pendekatan (30%)
         Tujuan projek dinyatakan dengan jelas
         Pendekatan bersistematik
         Asas pengetahuan sains, matematik dan teknologi diguna dengan baik
Kebergunaan (30%)
         Dapat menyumbang kepada pengetahuan sains, matematik dan teknologi
         Berguna untuk pelajar, masyarakat dan negara
         Projek adalah relevan dengan masalah yang dihadapi masa kini atau masa hadapan
Persembahan (20%)
         Persembahan pameran (dokumentasi) adalah menarik dan bermaklumat
         Penerangan lisan adalah jelas, menunjukkan pemahaman yang baik, serta semangat pasukan yang nyata

GRED PEMARKAHAN
MARKAH
A
5
B
4
C
3
D
1

MARKAH
GRED KESELURUHAN
16-20
A
11-15
B
6-10
C
0-5
D


DEFINISI KERTAS KERJA

Merupakan hasil usaha tentang sesuatu yangdicatat atau dituliskan untuk dikemukakan kepadasesebuah kumpulan atau orang ramai dalamsesuatu bengkel atau seminar (Abd Rahman AbdRashid,1996).

Kertas kerja ditulis dengan tujuan untukmengutarakan penghujahan tentang alasan danbukti yang boleh diberikan untuk mendapatkansesuatu seperti kelulusan untuk satu peruntukankewangan (funding) atau kelulusan menjalankansesuatu projek dan sebagainya.

CIRI-CIRI KERTAS KERJA
Memenuhi tema dan objektif program dan kertaskerja tersebut belum pernah dibentangkan atauditerbitkan.
Panjang setiap kertas kerja tidak melebihi 4000patah perkataan dan setiap muka surat kertaskerja hendaklah diberi nombor.
Muka surat pertama kertas kerja hendaklahmengandungi nama penulis dan keterangan-keterangan lain mengenai penulis.
Setiap akronim hendaklah ditulis sepenuhnyapada pengenalan pertama dan janganmenggunakan singkatan dalam penulisan.
Setiap jadual atau rajah hendaklah diberi tajuk.            

FORMAT KERTAS KERJA
Format kertas kerja untuk mendapatkankelulusan ditulis berdasarkan tajuk-tajuk berikut:



No comments:

Post a Comment