TAJUK 10:PENILAIAN AKTIVITI BAHASA
FORUM
- Forum
merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli
panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang
sesuatu tajuk, di mana ia dijalankan secara formal.
- Teknik
berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai iaitu pelajar
akan berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung
untuk meningkatkan kemahiran menyampaikan idea dan fikiran
dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.
- Dalam
sesi forum, soalan daripada penonton boleh diajukan kepada para
panel untuk mendapatkan ulasan lanjut.
- Pelajar
diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
DEBAT
- Pelajar
diberikan tajuk yang mudah, menarik tetapi mencabar selaras dengan
kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.
- Ia
terdiri daripada dua pihak iaitu pihak pertama merupakan pihak
penyokong tajuk perdebatan manakala pihak kedua ialah pembangkang
kepada tajuk tersebut.
- Huraian
yang dilontarkan mestilah berpandukan kepada fakta serta
contoh daripada maklumat yang kukuh dan bernas.
- Setiap
pihak haruslahr yakin dan sentiasar menegakkan fakta yang
diutarakan berdasarkan tajuk yang diberikan.
- Sekiranya
fakta yang diberikan pihak penyokong tidak bernas, maka
pihak pembangkang boleh mengangkat tangan dan meminta izin laluan
untuk membetulkan fakta tadi.
- Setelah
selesai, maka sesi pengulasan akan dibuat.
PIDATO
- Ia
mengandungi huraian isi-isi yang melibatkan fakta-fakta atau prinsip-prinsip
berdasarkan tajuk yang diberikan.
- Interaksi
satu hala di mana pemidato membentangkan hujah-hujahnya di
depan penonton.
- Berpidato
merupakan penerangan, memberi interpretasi dan menghuraikan
idea-idea untuk menguatkan fakta yang diketengahkan.
- Ini
membolehkan penyampaian isi pidato lebih kukuh kerana adanya fakta
beserta contoh yang diberikan.
- Pidato
dimulakan dengan kata2 aluan kemudian perkenalkan tajuk.
- Ia
menitikberatkan intonasi serta gaya penyampaian yang tersendiri.
- Keyakinan
diri iaitu kepetahan bercakap, kelancaran menggunakan bahasa,
nada suara pelbagai, gaya badan dan mimik muka yang sesuai.
PANTUN
- Satu
bentuk puisi lisan yang bersifat peribumi.
- Rangkap-rangkap
yang mudah dan ringkas yang terdiri daripada pembayang dan maksud.
- Ia menitikberatkan
gaya penyampaian dan alunan bacaan pantun tersebut.
- Kesinambungan
bunyi di hujung setiap baris.
- Ia
terdiri daripada penjual pantun dan pembeli pantun.
- Gaya
bahasa yang berbunga-bunga dan keindahan persekitaran turut diselitkan.
SAJAK
- Satu
bentuk puisi lisan moden.
- Ia
berbentuk bebas iaitu rangkap dan temanya tidak terikat.
- Ia
menitikberatkan intonasi dalam mendeklamasikan sajak.
- Gaya
bahasa yang pelbagai dan bercampur-campur.
- Penggunaan
kata dan ungkapan saling berkait dan terjalin erat berdasarkan makna dan
irama.
CERAMAH
- Ceramah
merupakan pengemukaan fikiran / idea-idea melalui perucapan
dan disampaikan secara syarahan dua hala.
- Penceramah
akan memberikan penerangan sehingga selesai informasi atau maklumat yang
disampaikan.
SYARAHAN
- Aktiviti
jenis ini berformat khusus iaitu kata-kata aluan /pendahuluan,
kata-kata penghadapan , isi dan penutup.
- Penerangan
dan penjelasan tentang tajuk syarahan perlu disampaikan secarateratur,
mantap dan berkesan.
- Isi-isi
syarahan perlu berdasarkan fakta-fakta yang tepat beserta contoh-contoh
yang relevan.
- Isi-isi
utama pula perlu disokong dengan isi-isi sampingan.
- Penggunaan
tatabahasa yang betul serta gaya penyampaian yang penuh
dengan keyakinan.
No comments:
Post a Comment