Sunday, 20 October 2013

TAJUK 11 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN


TAJUK 11 : PENILAIAN PENGALAMAN PEMBELAJARAN

Definisi Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
Penilaian pengalaman pembelajaran merupakan suatu kegiatan untuk mendapat informasi tentang pencapaian dan kemajuan belajar peserta didik dan mengefektifkan penggunaan informasi tersebut untuk mencapai tujuan pendidikan. Dalam penilaian ini termasuk proses pembuatan keputusan tentang kedudukan dan persembahan peserta didik. Maksudnya penilaian ini merupakan kegiatan yang terancang untuk mengukur keefektifan suatu system pendidikan secara keseluruhan.
Penilaian pengalaman pembelajaran adalah suatu usaha untuk mendapat berbagai informasi secara berkala, berkesinambungan dan menyeluruh tentang proses dan hasil dari pertumbuhan dan perkembangan yang telah dicapai oleh anak didik melalui program kegiatan belajar.
Penilaian pembelajaran yang telah dikerjakan telah berhasil/ belum melalui suatu alat pengukuran yang dapat berupa tes ataupun non tes.
Penilaian perkembangan merupakan salah satu cara guru mengetahui hasil belajar, intelegensi bakat khusus, minat, hubungan social ,sikap dsan kepribadian siswa atai peserta didik.

Ciri-ciri Penilaian Pengalaman Pembelajaran:
4. Kaedah Jigsaw
5. Kritikan Terbuka
6. Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)

Kaedah Jigsaw
Kaedah jigsaw merupakan satu kaedah pembelajaran yang dapat memupuk semangat berpasukan di kalangan pelajar. Selain itu, ia juga dapat meningkatkan kemahiran mendengar,penyampaian dan pemikiran kreatif (Felder dan Brent , 2004) . Ini telah terbukti keberkesanannya seperti yang dilaporkan dalam Hafizah Husain et al(2006).
Menurut Hafizah Husain et al(2006) kaedah jigsaw menekankan lima perkara dalam perlaksanaanya.
6. Pergatungan secara positif.
7. Tanggungjawab.
8. Interaksi secara terus seperti bertentang mata.
9. Mempraktikan kemahiran interpersonal mengikut kesesuaian.
10. Penilaian kendiri secara berterusan.

Kritikan Terbuka
Kritikan Terbuka membabitkan kemahiran pengucapan awam pelajar dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ianya juga sebagai memenuhi keperluan PBH bagi melengkapkan kitaran (closing the loop).
Pada penghujung kelas, pelajar akan dipilih secara rawak untuk berucap selama lima minit kepada rakan-rakan kelas. Pelajar akan diberi topic yang mudah untuk dibincangkan seperti apa yang telah diajar sebelum itu atau mengenai tugasan yang telah diberi.
Seorang panel penilai akan memberi markah atas ucapan yang diberi. Pelajar akan diberi markah berdasarkan lima perkara:
6. Intinasi dan kejelasan suara.
7. Keyakinan diri dikhalayak ramai.
8. Kelancaran bahasa.
9. Penampilan.
10. Maklum balas terhadp soalan yang diterima.
Komen dari panel aakan disampaikan kepada pelajar untuk kelemahan yang ada. Dengan adanya kaedah kritikan terbuka ini, pelajar mendapat peranan yang lebih aktif di dalam bilik kuliah. Secara tidak langsung juga dapat meningkatkan kemahiran komunikasi awam di kalangan pelajar.

Penilaian Rakan Kumpulan.(PRK)
Penilaian Rakan Kumpulan adalah satu kaedah penilaian yang digunakan sebagai alat pengukuran secara terus oleh rakan-rakan pelajar yang bekerja dalam kumpulan yang sama. Penilaian ini digunakan bagi menilai aspek-aspek tertentu berkaitan kemahiran dan pengetahuan pelajar-pelajar.
Antara aspek-aspek yang dapat diukur adalah seperti tahap kepimpinan, kerja secara berpasukan dan komitmenpelajar dalam menyiapkan kerja kursus.
Rakan-rakan sekumpulan merupakan pemerhati yang baik antara satu sama lain kerana kedudukan mereka ini secara tidak langsung dapat menjadikan mereka sebagai penilai yang berkesan untuk menilai kemahiran dan pengetahuan tertentu rakan-rakan mereka.

Pelaksanaan Penilaian Pembelajaran:

Tajuk: Keluarga
i. Kompetensi Dasar
1. PKN
1.1 Menerapkan hidup rukun di rumah .

a. Indikator
1.PKN
-Menyebutkan ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
-Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
-Memberi contoh hidup rukun di rumah.
-Menjelasan akibat hidup tidak rukun di rumah.
-Menyebutkan manfaat hidup.
c. Langkah-langkah Pembelajaran:
A. Set Induksi:
Menyanyikan lagu :Keluargaku Sayang (Melodi: Bangun Pagi)
B.Kegiatan Inti:

1. Menceritakan hidup rukun di rumah.
2. Menyebut ahli keluarga yang tinggal dalam satu rumah. Contohnya: bapa, ibu , abang ,kakak, saya dan adik .
3. Melakukan sikap hormat pada orang lain. Contohnya: orang tua, saudara, guru, guru besar, kawan dan lain-lain.
4. Memberi contoh hidup rukun di rumah.
5. Menjelaskan akibat hidup tidak rukun di rumah .
6. Menyebutkan manfaat hidup.
7. Menggunakan kata tanya dengan betul.
8. Menulis kata Tanya (siapa, apa, di mana, bagaimana)
9. Menyelesaikan masalah yang berkaitan . (Lengkapkan ayat)
Penutup: Bersama-sama menyanyi lagu “Keluargaku Sayang” mengikut Melodi “Bangun Pagi”
Bahan Bantu Mengajar:
1. Kad Kata Tanya
2. Kad Perkataan
3. Kad Huruf
4. Gambar Ahli Keluarga

Penilaian:
1. Lisan
2. Bacaan
3. Tulisan
4. Portofolio

No comments:

Post a Comment