Sunday 20 October 2013

TAJUK 12: Contoh Penilaian Bahasa Berasaskan Projek


TAJUK 12: Contoh Penilaian Bahasa Berasaskan Projek 

Brosur 
Brosur ialah risalah yang memberikan maklumat atau keterangan ringkas tentang sesuatu.
Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)


Markah Keterangan(asli dan kreatif,fungsi,tatabahasa dan ilustrasi)

Lemah (0-5)
• Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat)
• Reka bentuk dan paparan yang salah
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah
• Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.

Sederhana (6-8)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
• Rekabentuk dan paparan brosur yang betul tetapi kurang menarik.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik tetapi masih perlu diperbaiki.
• Menggunakan iustrasi sekadar mencukupi syarat.

Cemerlang (9-10)
• Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
• Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
• Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
• Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.

Iklan 
Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua,iklan adalah bentuk salah satu komunikasi yang bermaksud untuk memujuk seseorang (pembaca atau pendengar) untuk membeli atau mengambil tindakan ke atas idea atau produk yang diiklankan.Iklan terbahagi kepada dua jenis iaitu iklan komersial dan iklan bukan komersial.Iklan komersial lebih kepada produk manakala iklan bukan komersial termasuklah iklan sesuatu organisasi,keagamaan parti politik dan lain-lain lagi.
Terdapat pelbagai jenis media yang digunakan untuk menyampaikan iklan, termasuklah media cetak iaitu majalah,akhbar dan media elektronik seperti televisyen,radio dan internet.

Power Point

Microsoft Powerpoint adalah pakej persembahan grafik yang lengkap. Ia menyediakan semua keperluan dalam mengeluarkan persembahan secara profesional. Melalui perisian ini, persembahan akan dapat dibentuk dengan menghasilkan dari slaid pertama hingga slaid terakhir dengan mendedahkan ciri-ciri tambahan persembahan seperti format latar belakang, reka bentuk, warna, teks, animasi, dan ciri-ciri pengawalan masa yang akan memudahkan seseorang untuk menjadi pengendali persembahan yang profesional.
Perisian ini bermatlamat untuk menggalakkan pelajar dan guru menghasilkan bahan pengajaran dan pembelajaran yang bersifat tempatan dan mempelbagaikan bahan pengajaran dan pembelajaran berintegrasi teknologi.

Antara ciri-ciri perisian ini ialah pemilihan jenis bahan multimedia berasaskan power point mestilah berdasarkan tajuk pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran semasa.Kedua,bahan yang dipertandingkan mestilah mengikut kriteria iaitu hasil ciptaan sendiri,berkonsepkan pembelajaran kendiri dan interaktif.

Aspek penilaian adalah seperti berikut:
• Warna, pengurusan ruang dan kreativiti
• Keberkesanan kesinambungan persembahan
• Ketepatan isi kandungan
• Kelengkapan laporan
• Cara penyampaian maklumat
• Keistimewaan persembahan
• Hasil ciptaan persembahan multimedia yang terpilh akan direkodkan dalam cd
• Masa terhad untuk persembahan.

POSTER    
Notis atau gambar yang mengandungi maklumat atau pemberitahuan yang kebiasaannya ditampal pada  dinding. 
RUBRIK PEMARKAHAN POSTER
TAHAP   
                KRITERIA
LEMAH
(0-5 MARKAH)
SEDERHANA
(6-8 MARKAH)
CEMERLANG
(9-10 MARKAH)
KREATIVITI DAN KEASLIAN
Kurang kreatif dan mengambil daripada sumber lain (plagiat).
Mempunyai kekreatifan dan keaslian.
Mempunyai kekreatifan dan keaslian serta mampu menarik perhatian umum.
FUNGSI
Rekabentuk dan paparan salah.
Rekabentuk dan paparan betul tetapi kurang menarik perhatian.
Rekabentuk dan paparan brosur kelihatan seperti brosur yang sebenar.
TATABAHASA
Penggunaan tatabahasa dan ejaan yang lemah.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik tetapi masih boleh diperbaiki lagi.
Penggunaan tatabahasa dan ejaan baik, jelas dan tidak mengandungi kesalahan.
ILUSTRASI
Menggunakan ilustrasi yang sedikit atau tiada langsung ilustrasi.
Menggunakan ilustrasi sekadar mencukupi syarat.
Menggunakan ilustrasi yang pelbagai, menarik dan sesuai.


Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan(berorientasi peperiksaan) kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian. 

Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 

Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru,  Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
 
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan  Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.

PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

No comments:

Post a Comment