Wednesday 2 October 2013

TAJUK 5 : JENIS PENILAIAN BAHASA


JENIS PENILAIAN BAHASA

 UJIAN FORMATIF

Ujian formatif ialah ujian yang diberikan secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, bagi setiap tajuk yang diajar. Tujuan ujian ini ialah untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Hasil daripada ujian ini boleh digunakan oleh guru untuk mengadakan aktiviti pemulihan, memperbaiki pendekatan/kaedah mengajar dan juga boleh digunakan oleh pelajar untuk memperbaiki pendekatan/kaedah pembelajaran. Bagi tujuan pemulihan, prosedur membina soalan ujian ialah seperti berikut:
i.              Menentukan tajuk pengajaran yang ingin diuji.
ii.            Menentukan aspek dan tahap penguasaan yang perlu dicapai oleh pelajar bagi tajuk pengajaran berkenaan. Misalnya, pelajar perlu mendapat 80% untuk menunjukkan mereka sudah menguasai tajuk tersebut.

iii.           Menghubungkaitkan elemen-elemen dalam tajuk pada peringkat perlakuan berdasarkan taksonomi objektif pengajaran. Guru perlu menyusun elemen-elemen ini mengikut tahap objektif dan mengaitkannya supaya saling bertautan.
iv.           Membina soalan ujian mengikut bilangan elemen dalam tajuk, iaitu setiap elemen perlu diuji melalui sekurang-kurangnya satu soalan. Soalan ujian yang sesuai perlu dibina untuk mengukur penguasaan pelajar terhadap semua elemen ini.

UJIAN SUMATIF 

Ujian sumatif ialah proses penilaian yang dijalankan secara menyeluruh pada akhir satu peringkat pembelajaran untuk menentukan tahap pembelajaran dalam kalangan murid. Ia bertujuan untuk menentukan pencapaian pembelajaran dan pemeringkatan gred murid. Satu lagi ujian sumatif ialah untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid.

Biasanya ia akan meliputi seluruh sukatan pelajaran untuk satu peringkat pembelajaran. Ujian sumatif boleh dijalankan selepas satu peringkat pengajaran dan pembelajaran dalam satu kursus yang tertentu. Sebagai contoh, ia boleh dijalankan pada akhir penggal, tahun atau sesi persekolahan. Guru akan membandingkan pencapaian antara calon untuk menentukan taraf kedudukan murid-murid dalam bilik darjah


UJIAN KEFASIHAN

·        Ujian ini menilai kebolehan umum seseorang terhadap bahasa yang dipelajarinya.
·        Biasanya ujian ini digunakan untuk menempatkan seseorang dalam kumpulan pembelajaran yang sesuai dengan pengetahuan dan kebolehan murid.
·         Ia dinilai dari segi :
Ø  Penyebutan dan pengucapan dengan betul dan jelas.
Ø  Intonasi dan nada yang betul.
Ø  Pemilihan ungkapan yang betul.
Ø  Mimik muka yang jelas sesuai untuk membayangkan sesuatu maksud dengan jelas.
Ø  Posisi tubuh yang betul.
Ø  Pergerakan mata (mata pembaca yang lemah akan berhenti untuk menyerap perkataan).

UJIAN KEMAJUAN

·        Setiap ujian kemajuan yang digunakan dalam bilik darjah adalah khusus bagi sesuatu darjah dan hanya sesuai dinilai oleh guru kelas sahaja.
·        Ia juga hendaklah berasaskan kepada objektif pengajaran, program pembelajaran yang telah diikuti oleh murid dan pengetahuan yang ingin diuji.
·        Ia bertujuan untuk mengukur dan menilai setakat mana murid-murid yang telah menguasai bahan atau perkara-perkara yang telah diajar tentang satu-satu tajuk tertentu.
·        Hasil daripada kemajuan membolehkan guru mengetahui dengan lebih jelas tentang kemajuan setiap murid dan juga kemajuan darjahnya secara keseluruhan. 

UJIAN BAKAT              

·        Ujian bakat biasanya melibatkan data-data bahasa yang mengandungi unsur-unsur bahasa seperti fonetik,tatabahasa dan kosa kata. 
·        Melalui ujian ini murid-murid akan melakukan berbagai-bagai aktiviti bahasa seperti meniru penyebutan bunyi-bunyi, mengubah bentuk, atau struktur sesuatu bahasa, menentukan makna berdasarkan konteks dan sebagainya. 
·        Setelah hasil ujian dianalisis guru dapat mengenal pasti murid-murid yang berbakat dan berpotensi untuk mempelajari sesuatu bahasa dengan cepat.     

UJIAN PENCAPAIAN  

·        Ujian ini boleh dijalankan pada akhir kursus atau setelah tamatnya sesuatu unit pembelajaran.
·        Sejauh mana sesuatu kemahiran itu dikuasai dalam satu jangkamasa yang ditetapkan boleh ditentukan melalui dua set ujian yang berlainan. 
·        Ujian ini dinamakan ujian pra dan ujian pos. 
·        Ia juga merupakan peperiksaan untuk menentukan penempatan jenis sekolah dan jurusan pelajar.
·        Pembentukan ujian ini adalah berasaskan sukatan pelajaran.

No comments:

Post a Comment