Wednesday 2 October 2013

TAJUK 4 : PEMBINAAN UJIAN


PEMBINAAN ITEM OBJEKTIF

Menurut Gronland (1977), soalan objektif dibentuk daripada beberapa item yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperoleh skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa. Hal ini bermaksud item/ soalan objektif mempunyai jawapan tepat/ tertentu/ spesifik, seperti item betul-salah, aneka pilihan, padanan atau pelengkapan. Semua item ini mempunyai jawapan tertentu, sama ada betul atau salah, jawapan daripada beraneka pilihan yang betul, padanan yang betul, atau perkataan pelengkap yang betul

BAHAGIAN-BAHAGIAN ITEM OBJEKTIF

•Stimulus (rangsangan)
•Bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus di mana soalan didasarkan.
•Berbentuk – teks, grafik, jadual, perbualan
•Stem (badan)
•Mengandungi tugasan dan berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap atau soalan.
•Jawapan pilihan
Mengandungi jawapan pilihan, berbentuk angka, simbol, frasa, gambar rajah atau jadual.

PEMBINAAN ITEM BERANEKA PILIHAN    
    
Terdiri daripada :
    • —Stimulus
    • —Stem
    • —Jawapan pilihan
  • Dikatakan sukar dibina dan sukar dijawab tapi mudah diperiksa (mudahmenggunakan OMR), perlu dijawab dengan tepat.
  • Prinsip penyediaan soalan berbentuk beraneka pilihan;
    • Arahan hendaklah jelas dan mudah difahami.
    • Soalan dan semua jawapan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
    • Perkataan sepunya tidak diulang-ulang dalam setiap jawapan.
    • Tuliskan setiap jawapan pilihan secara menarik supaya setiap jawapan yang diberikan adalah munasabah.
    • Taburan jawapan betul perlu dibuat secara rawak.
    • Setiap jawapan pilihan perlu ditulis sama panjang.
    • Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
    • Jawapan pilihan boleh disusun mengikut abjad, nilai nombor atau tahun, supaya wujud suatu sistem susunan jawapan pilihan.

PEMBINAAN ITEM BETUL-SALAH 

Item jenis ini amat sesuai digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid untuk menentukan sama ada pernyataan yang diberikan betul atau salah.

PRINSIP ITEM BETUL-SALAH
  1. Arahan hendaklah jelas.
  2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga supaya murid tidak membuang masa untuk memahaminya.
  3. Taburan jawapan betul dan salah perlu dibuat secara rawak, supaya dapat mengelakkan murid daripada meneka jawapan.
  4. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
  5. Soalan-soalan hendaklah berasaskan kepada pernyataan yang jelas betul atau yangjelas salah.
  6. Elakkan daripada memberi pernyataan yang betul lebih panjang daripada yang salah, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
  7. Elakkan daripada menggunakan perkataan selalu atau tidak pernah dalam pernyataan, untuk mengelakkan murid meneka jawapan.
  8. Sediakan bilangan pernyataan yang betul hampir sama dengan bilangan jawapan yang salah.

PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG

Item ini terdiri daripada dua bahagian 
  • Stimulus (jika ada)
  • Pernyataan yang mengandungi ruang kosong untuk diisi murid. 

Item ini sangat sesuai  digunakan untuk menguji fakta yang menghendaki murid memberikan jawapan pendek yang tepat.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM MENGISI RUANG KOSONG
  1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu mengisi ruang kosong dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
  2. Pernyataan ayat hendaklah ditulis secara padat, jelas.
  3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara.
  4. Perkataan yang dikosongkan hendaklah terdiri daripada perkataan yang penting sahaja.
  5. Elakkan daripada meninggalkan terlalu banyak ruang kosong dalam sesuatu pernyataan, supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
  6. Ruang kosong hendaklah ditempatkan di penghujung pernyataan supaya perkataan yang dikehendaki jelas kepada pelajar.

PEMBINAAN ITEM PADANAN

  • Item ini terdiri daripada dua set maklumat yang perlu dipadankan oleh murid. Kedua-dua set maklumat ini terdiri daripada perkataan, set, pinsip atau pernyataan.
  • Perlu dipastikan bahawa maklumat dalam set pertama mempunyai perkaitan dengan maklumat dalam set kedua.
  • Item ini sesuai untuk mengukur kefahaman dan keupayaan murid mengaitkan fakta dan konsep.

PRINSIP-PRINSIP PEMBINAAN ITEM PADANAN

  1. Arahan hendaklah jelas sama ada murid perlu membuat padanan satu ke-satu atau padanan yang lain.
  2. Pernyataan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
  3. Aras kesukaran bagi setipa perkaitan hendaklah setara.
  4. Pernyataan yang diberi perlu mempunyai perkaitan yang tepat dengan padanannya.
  5. Elakkan daripada menggunakan terlalu banyak perkataan dalam sesuatu maklumat supaya soalan tidak menjadi terlalu susah.
  6. Bilangan padanan tidek terlalu banyak

PEMBINAAN ITEM SUBJEKTIF

Item subjektif bermaksud item yang mempunyai jawapan terbuka, iaitu yang tidak spesifik seperti jawapan kepada item objektif. Item ini membenarkan subjektiviti dalam jawapan yang diberikan. Item ini digunakan untuk pelajar mempamerkan kedalaman pengetahuan yang dimiliki. Maka, item ini sesuai untuk mengukur tahap kognitif yang lebih tinggi, seperti mengukur penguasaan menganalisis, mensintesis, membuat pertimbangan, menilai, membuat keputusan yang memerlukan kemahiran berfikir.


PRINSIP AM PENYEDIAAN ITEM SUBJEKTIF

1.    Penulis perlu menyemak sukatan pelajaran dan objektif pengajaran agar agar soalan yang dihasilkan menepati kriteria yang diingini.
  1. Arahan hendaklah jelas tentang panjang jawapan dan sama ada murid perlu manjawab dalam kertas soalan atau kertas jawapan.
  2. Soalan hendaklah ditulis secara padat, jelas dan tidak berbunga-bunga.
  3. Aras kesukaran setiap soalan perlu setara supaya setiap soalan yang diberi markah yang sama, mempunyai aras kesukaran yang sama juga.
  4. Soalan perlu ditulis supaya murid dapat membayangkan satu kerangka struktur yang akan memandu murid untuk mnejawab soalan tersebut.
  5. Tentukan terlebih dahulu perkara yang ingin diberi markah dan markahnya untuk memudahkan penyediaan skema jawapan.
  6. Gunakan lebih banyak soalan berjawapan pendek daripada soalan berjawapan panjang supaya lebih banyak soalan boleh diberikan.

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN PENDEK

  • Item jenis ini memerlukan murid memberikan jawapan pendek yang memberi peluang kepada mereka menyampaikan pendapat, hujah atau idea sendiri.
  • Item bentuk ini amat sesuai untuk mengukur pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi/ penyelesaian masalah mudah, yang turut melibatkan kemahiran berfikir.
  • Item jenis ini boleh dibina agar jawapannya menjadi lebih objektif

PEMBINAAN ITEM ESEI BERJAWAPAN TERBUKA

  • Item bentuk ini membenarkan murid merancang dan memberikan jawapan secara bebas.
  • Item ini amat sesuai untuk mengukur konstruk, yang memerlukan murid menggunakan beberapa kemahiran seperti menginterpretasi, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
  • Item jenis ini juga membolehkan murid mempamerkan proses pemikiran kritis dan kreatif.
  • Disebabkan jawapannya amat terbuka, maka pembina item perlu menyediakan skema/ peraturan permarkahan yang jelas, terperinci dan menyeluruh agar penilaian pencapaian pelajar dapat dibuat sewajarnya.

No comments:

Post a Comment