Wednesday, 2 October 2013

TAJUK 2 : TAKSONOMI DAN DOMAIN



TAKSONOMI BLOOM

Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu, ( Kamus Dewan Edisi Keempat, (2005)). Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, kesikapan dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar dimana menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir.  domain afektif yang melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Dan seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.

Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.

DOMAIN TAKSONOMI BLOOM

Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif  Taksonomi Bloom ini. Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi.  Dalam taksonomi ini, kita akan mengkaji kesemua aspek taksonomi dari terendah hingga lah yang tertinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.

ELEMEN-ELEMEN DALAM ARAS TAKSONOMI BLOOM

i.  Aras Pengetahuan

Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini :

1. Pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau symbol.
2. Pegetahuan tentang cara mengendalikan sesuatu yang meliputi pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, penjenisan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah.
3. Pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang. Contonya; siapa,apa, di mana, bila, beri definisi, senaraikan, dan nyatakan.

Ciri-ciri soalan aras pengetahuan:
• Pelajar perlu menggunakan proses mental.
• Pengetahuan yang diminta hendaklah sama dengan pebgajaran guru.
• Soalan tidak memerlukan pelajar mengubah pengetahuan dalam bentuk baru.
• Jawapan dapat ditentukan dengan mudah sama ada salah atau betul.

ii. Aras Kefahaman

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar member huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga:

a)  Penterjemahan
• Menterjemah bahasa lain ke bahasa lain tanpa mengubah makna asal.

b) Mentafsir (Interpretasi)
• Mentafsir idea/ mesej tersirat dan tersurat.
• Menerangkan idea dalam ayat sendiri.

b)    Ekstrapolasi
• Membuat inferens tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberikan/ terima.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini antaranya jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan, dan kelaskan.

Ciri-ciri soalan aras kefahaman
• Proses mental
• Maklumat asas telah diajar
• Perlu bahan atau alat komunikasi
• Pelajar menyatakan kefahaman mereka sendiri.

iii. Aras Aplikasi

Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum, dan prosedur. Aras ini memerlukan pelajar benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum, untuk menyelesaikan masalah. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras aplikasi antaranya kirakan, selesaikan, susunkan, dan gunakan.

Ciri-ciri soalan aras aplikasi
• Menggunakan proses mental aplikasi
• Soalan melibatkan tiga frasa iaitu
• Masalah situasi yang baru tidak dengan masalah yang dibincangkan dalam bilik darjah.

iv. Aras Analisis

Aras ini mengkehendaki pelajar untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenal pasti unsur-unsur dan struktur yang mengaitkan unsur-unsur.

Jenis-jenis aras analisis
1. Analisis unsur – memerlukan pelajar menetukan unsur-unsur. Pelajar juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada.
2. Analisis hubungan – membuat perkaitan bukti dengan hipotesis.
3. Analisis prinsip – pelajar mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan mengenalisis tujuan, pandangan dan pendirian.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah kenapakah, mengapa, apakah faktor, buatkan rumusan dan buktikan.

Ciri-ciri soalan aras analisis
• Soalan menggunakan proses mental analisis
• Situasi masalah berbeza daripada pengalaman dalam bilik darjah.
• Situasi, dokumen perlu dianalisis
• Soalan memerlukan fikiran kritik, bukan mengulang pengetahan yang dipelajari.

v. Aras Sintesis

Aras ini memerlukan keupayaan pelajar untuk menggabungkan sesuatu struktur kepada yang lebih jelas.

Jenis-jenis soalan aras sintesis.
1. Sintesis penyampaian – menghurai dan menarik minat.
2. Sintesis himpunan – satu himpunan perlakuan.
3. Sintesis cadangan – cadangan melalui andaian, analisis dan hubungan yang abstrak.

Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah ramalkan, hasilkan, tuliskan, cadangan, dan apa akan berlaku.

vi. Aras Penilaian

Aras ini menguji keupayaan pelajar menilai sesuatu perkara berasakan kriteria yang perlu diketahui. Pelajar perlu membuat pertimbangan tentang nilao sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini ialah pertimbangkan, rumuskan, nilaikan, kritikkan, buktikan, dan huraikan.

SOALAN ARAS PENGETAHUAN

1. Apakah maksud perkataan leka?
A.Lalai.
B.Prihatin.
C.Rajin.
D.Malas

2. Apakah maksud perkataan “culas”
A.rajin
B.malas
C.lalai
D.cergas

3. Di manakah kedudukan kompleks sukan dari Taman Seri Setia?
A Barat daya
B Timur laut
C Barat laut
D Tenggara

4. Di mana Murni dan ibunya tinggal?
A Rumah pusaka ibunya
B Bilik kecil rumah Haris
C Bilik sewa berhampiran rumah Encik Haris
D Rumah peninggalan ayahnya

5. Siapakah yang memberikan amanat terakhir kepada angkatan anak Melayu
Pahang pada malam itu?
A Imam Rasul
B Pahlawan muda
C Orang Kaya Bahaman
D Ketua kampong

SOALAN ARAS KEFAHAMAN.

Pilih peribahasa yang paling sesuai bagi pernyataan di bawah.

1. Ali merupakan seorang pelajar yang sangat gigih berusaha demi mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang doktor.
A.Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.
B.Bagai aur dengan tebing.
C.Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
D.Bagai tikus membaiki labu.

Isikan tempat kosong dengan simpulan bahasa yang betul.

2.Hani merupakan seorang murid yang rajin membaca buku. Dia digelar __________ di sekolah tersebut.
A.Buaya darat.
B.Kaki bangku.
C.Ulat buku.
D.Putih mata.

3. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai soalan kepada penyataan di bawah :
- “ Fahrin pergi ke hospital kerana melawat datuknya yang sedang sakit.”

A. Ke manakah Fahrin pergi?
B. Apakah tujuan Fahrin pergi ke hospital?
C. Siapakah yang pergi ke hospital?
D. Fahrin berada di hospital?

4. Berdasarkan petikan cerita, Murni adalah seorang yang
A mementingkan diri sendiri
B mudah berputus asa
C berpendirian tegas
D bertanggungjawab

5. Rangkai kata sungguh mengusik dalam petikan di atas bermaksud
A menyentuh perasaan
B memendam rasa
C mencuit hati
D mudah terasa hati

TAKSONOMI DOMAIN AFEKTIF (KRATHWOHL)

Bidang ini ialah mengenai perasaan, emosi, dan perkara yang kurang nyata dalam sesuatu mata pelajaran. Perasaan murid yang suka atau benci akan sesuatu mata pelajaran amat penting dalam pengajaran guru. Perasaan afektifadalah lebih kekal dan mendalam kesannya daripada kebolehan kognitif. Disusun oleh David R. Krathwohl, Benjamin S. Blom dan Bertam B. Masia.

Hierarki Kontinum afektif :
i.                    Penerimaan (pemerhatian)
·         Kesedaran, kesanggupan menerima dan perhatian yang terkawal atau terpilih
Penerimaan (Pemerhatian) di peringkat ini, murid diberi rasa kesedaran mengenai adanya sesuatu fenomena dan rangsangan; agar sanggup menerima dan memberi perhatiannya kepada fenonema, atau rangsangan itu. Sesuatu pembelajaran murid mengenai perkara-perkara afektif yang membawa kepada satu sistem nilai.
Kategori ini terbahagi kepada tiga, iaitu ; Kesedaran Kesanggupan menerima Perhatian yang terkawal, atau terpilih satu kontinum dari yang pasif, hinggalah ke peringkat kesanggupan menerima fenomena, atau rangsangan itu, hingggakan murid dapat mengarahkan perhatiannya kepada rangsangan yang dipilihnya. 

ii.   Membalas
·         Persetujuan pasif ketika membalas, kesanggupan membalas dan kepuasan membalas
Membalas Apabila murid memberi nilai, atau menilai sesuatu benda, fenomena, atau tingkah, ia menghargai perkara-perkara. Di peringkat ini, tingkahlaku murid sudah stabil dan telah membentuk ciri-ciri kepercayaan, atau sikap. Di sini yang dipentingkan bukan perhubungan nilai-nilai yang dihargai, tetapi perihal menyebatikan nilai-nilai, atau ideal tertentu dalam diri.

     iii .  Menghargai
·         Penerimaan sesuatu nilai, lebih suka akan sesuatu nilai dan komitmen (kepercayaan)
Tingkahlaku menghargai, atau memberi nilai di peringkat ini adalah atas dorongan dirinya sendiri dan komitmen kepada nilai yang dihargainya. Kategori ini terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu ; Penerimaaan sesuatu nilai lebih suka akan sesuatu nilai komitmen (kepercayaan).
    iv.   Organisasi
·         Mengkonsepi sesuatu nilai dan mengorganisasi sesuatu nilai
Penilaian Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda atau tingkah laku. Berdasarkan penghayatan / nilai estetik. Terdapat tiga kategori : Penerimaan- murid menginginkan sesuatu yang baik. Pemilihan – usaha memperolehi sesuatu nilai yang telah dipilih. Penglibatan
Penilaian berdasarkan  :
Objektif umum : menghargai karya orang lain, menunjukkan sikap menjawap soalan dan menunjukkan sikap kerjasama.  
Objektif khusus : Berbincang dengan rakan dan dapat melapor dan mencadangkan.
Organisasi Pelajar boleh mengorganisasikan/ mengaplikasikan nilai dalam organisasi. Dapat membezakan nilai yang penting dan tidak penting.  
Objektif am : mampu mereka cipta.  
Objektif khusus : mampu menulis karangan Kategori organisasi Tanggapan – kebolehan menilai kepada bentuk Organisasi – kebolehan menyatukan / mengaplikasikan nilai-nilai yang berkaitan dan membentuk satu sistem.

     v.    Perwatakan oleh sesuatu nilai atau kompleks nilai
·         Set am dan perwatakan
Perwatakan Perubahan tingkah laku pelajar selepas proses pengajaran dan pembelajaran. Kategori perwatakan Set am- kebolehan mengekalkan nilai-nilai. Perwatakan – disiplin diri, dapat menyelesaikan masalah-masalah.


No comments:

Post a Comment