Pentafsiran, Penilaian, Pengujian, Pengukuran & Pentaksiran
PENTAFSIRAN
•Proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor & mengintepretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran.
•Proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor & mengintepretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran.
PENILAIAN
•Penilaian ialah satu proses
yang sistematik untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai (Gay
1985).
•Proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkn data kuantitatif/kualititatif.
•Dilakukan melalui ujian & alat-alat lain seperti soal selidik,rekod anekdot & senarai semak.
•Berfungsi untuk membuat pentaksiran tentang pencapaian murid-murid untuk tujuan pemulihan & penggredan.
PENGUJIAN
•Croanbach (1970) :
“Ujian adalah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu sistem yang berkategori.
•Cara untuk ukur perubahan tingkah laku seseorang dengan guna bahan yang punyai kebolehpercayaan.
•Betujuan untuk mengesan penguasaan kemajuan dan pencapaian murid dalam pelajaran.
PENGUKURAN
•Suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik
•Tentang sebanyak mana individu atau pelajar mempunyai suatu ciri yang diukur dengan menggunakan alat tertentu
•Untuk menentukan sejauh mana seseorang individu memiliki prestasi/ciri-ciri tertentu
PENTAKSIRAN
•Langkah untuk menentukan sejauh mana seseorang mempunyai sifat tertentu.
•Bertujuan menentukan kedudukan dan pencapaian murid.
No comments:
Post a Comment